SAPAAN MAKRIFAT DAMBAAN HAKIKI; SEMARAK BUDAYA ILMU; jailurrasyid@gmail.com +60142216003

Kekeliruan dalam usaha memartabatkan Budaya Ilmu untuk mencetuskan keghairahan mencari ilmu dan membina diri insan, masyarakat dan tamadun boleh menyebabkan kejayaan jitu gagal tercapai. Di sini, taman maya Budaya Ilmu memupuk semangat untuk insan yang prihatin mengorak langkah...

 
Anda adalah pelawat ke:
Beautiful Tilawah
BUKU TERPILIH
RATIB KEKASIH ALLAH
WASIAT LUQMAN AL-HAKIM
ZIKIR SELAWAT DAN DOA POPULAR
Artikel Terdahulu
Arkib Saya
BUKU SAINS SOLAT
SAINS SOLAT
Kemajuan dan Kemunduran Terhadap Agama
28 March 2012
Tanda kemajuan terhadap agama: Keseluruhan sesebuah komuniti
memiliki ilmu agama melainkan seorang atau dua orang sahaja
yang fasik. Jika
mereka berbicara pasti ditegah dan dihalang.

Tanda kemunduran terhadap agama: Keseluruhan sesebuah
komuniti bersikap bengis melainkan seorang atau dua orang
sahaja yang memiliki
ilmu agama. Jika mereka berbicara pasti ditegah dan
dihalang.

Petanda laknat Allah: Perbuatan maksiat dan aksi porno dan
lucah berlaku secara terang-terangan.

Petanda pejuang hebat di sisi Allah: Orang yang sanggup
bersusah-payah menentang kemungkaran.

Selengkapnya...
posted by jailurrashied @ 10:25   0 comments
Tiga kategori manusia
Kata Saidina Ali: Wahai Kumail bin Ziyad! Hati manusia itu
bagaikan suatu bekas. Hati yang terbaik adalah hati yang paling banyak mengisi
ilmu. Peliharalah perkara yang aku sebutkan kepadamu: Manusia itu terdiri
daripada 3 kategori:-

(Pertama): Seorang yang berilmu dan mengajarkan ilmunya.

(Kedua): Seorang yang terus mahu belajar, dan orang inilah
yang berada di atas jalan keselamatan.

(Ketiga): Orang yang tidak berguna dan bodoh, dia mengikuti
setiap orang yang bersuara. Dia adalah seorang yang tidak mempunyai pendirian
senantiasa mengikuti ke mana arah angin bertiup. Ia tidak mengambil panduan
dengan sinaran ilmu dan tidak bersandar pada posisi yang kuat.” (Hilyah al-Auliya).

Selengkapnya...
posted by jailurrashied @ 09:42   0 comments
ADAKAH KEBANGKITAN RAKYAT ADALAH SUATU FITNAH DAN KEKACAUAN?!
03 March 2012

ADAKAH KEBANGKITAN RAKYAT ADALAH SUATU FITNAH DAN KEKACAUAN?!

Golongan Pertama: Penyokong parti pemerintah yang zalim dan menindas rakyat. Mereka mempunyai kepentingan peribadi daripada kezaliman, kecurian dan rompakan. Mereka berpendapat gejala itu harus dibiarkan, jika disekat akan tercetuslah fitnah. Sekalipun menggadaikan nyawa seseorang, tidak perlulah dihiraukan. Tidak perlu mencetuskan kekacauan. Biarkan sahaja situasi semasa berterusan.

Golongan ini dipelopori oleh media dusta yang mempertahankan pihak pemerintah. Kemungkinan dipergunakan ulama jahat, golongan intelek upahan, golongan belia yang berpeleseran untuk menyokong pandangan mereka.

Golongan Kedua: Orang yang lemah dari kalangan rakyat jelata. Mereka ingin hidup aman dan selesa, sekalipun dalam keadaan hina. Mereka tidak memiliki aspirasi yang tinggi. Mereka hanya berpada dengan sesuap dua makanan. Dan hanya melihat masa depan yang dekat. Mereka mengambil sikap berkecuali dan tidak mempedulikan senario politik yang berlaku. Merekalah yang dimaksudkan dalam sabda Rasulullah SAW: “Janganlah kamu menjadi “immaah” (pak turut), iaitu kamu mengatakan jika orang baik, maka akupun baik; jika orang zalimku, maka aku juga zalim. Tetapi tetapkanlah pada diri kalian jika manusia baik, aku juga baik; jika mereka jahat, maka janganlah kamu zalim.” (Daripada Huzaifah: Sunan al-Tirmizi)

Golongan ini hanya memerhatikan orang yang memperjuangkan kebenaran tanpa menyertai perjuangan mereka. Jika mereka berjaya, maka golongan ini turut bergembira dan memujinya. Jika mereka gagal, golongan ini mengatakan: Bukankah kami katakan jangan timbulkan kekacauan dan cetuskan fitnah!.

Golongan ini bukanlah munafik, tetapi pengecut dan hanya mengikut-ikut. Mereka ingin persengketaan ditenteramkan dan dihentikan supaya usaha mereka mencari sesuap nasi dapat diteruskan. Justeru mendapati ungkapan fitnah dapat dijadikan alasan yang mudah dan lunak disebut.

Golongan Ketiga: Mereka melihat jika dua golongan muslimin bertentangan ia adalah fitnah yg mesti dihindari. Menentang pemerintah tidak harus selagimana mereka menunaikan solat atau tidak melakukan kekufuran yang nyata.

Golongan ini menggunakan hujah dengan beberapa hadis dengan tafsiran yang salah. Antaranya sabda Nabi SAW: “Apabila dua orang muslim bertembung dengan pedang mereka, maka pembunuh dan yang dibunuh di dalam neraka.” Seorang lelaki berkata: “Memang benar bagi pembunuh, bagaimana.pula dengan orang yang dibunuh?” Sabda Baginda: “Ia bersungguh-sungguh ingin membunuh lawannya.” (Daripada Abu Bakrah: Sahih al-Bukhari)

Persoalan daripada hadis ini ialah adakah setiap pertembungan dan persengketaan antara golongan muslimin, maka semua pihak akan masuk neraka? Ataupun terdapat pengecualian dalam hal ini atau pengkhususan.

Adakah apabila seseorang melakukan kezaliman, ingin mencuri dan merompak harta seseorang atau harta keluarganya, maka ia mesti menyerah diri dan menyerahkan hartanya.

Bukankah Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, ia adalah syahid.” (Daripada Amr bin Nufail: Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi)

Jadi bagaimana pula pemerintah yang mencuri harta rakyat, mencabul hak rakyat, dan menzalimi rakyat?

Adakah muslim yang mempertahankan, membela dan memperjuangkan haknya, hak anaknya, hak keluarganya dan hak rakyat, sama seperti muslim yang mencuri, merompak dan zalim?

Adakah muslim yang berilmu dan beradab yang keluar menyatakan kebenaran dan menuntut hak, sama seperti "samseng profesional"?

Rentetan itu, adakah jika dua orang muslim yang bertarung pedang, kedua-dua pihak adalah sama?

Dalam menerangkan hadis tersebut Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath Bari dan Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim mengatakan bahawa ancaman dalam hadith tersebut ditujukan kepada orang yang bertarung tanpa alasan yang diharuskan, malah ia hanya ingin kuasa.

Jadi bukankah terdapat alasan yang diharuskan bagi yang orang menuntut hak yang diiktiraf tetapi dirampas.

Menurut Imam al-Thabari pula, jika orang-orang muslim wajib lari dengan berdiam diri di rumah dan menyimpan pedang ketika setiap kali berlaku pertentangan antara mereka, maka hukum hudud tidak patut dilaksankan, kebatilan tidak ditewaskan, dan orang fasik akan mendapat peluang untuk melakukan perkara haram seperti merampas harta, menumpahkan darah dan melakukan pencabulan. Ketika itu, golongan fasik memerangi golongan muslimin, maka golongan muslimin akan mengangkat tangan berserah diri kepada mereka. Sebabnya, golongan muslimin berkata: Ini adalah fitnah dan kami dilarang daripada bertarung dan hal ini bercanggah dengan perintah supaya membimbing orang yang bodoh. (Fath al-Bari)

Dalam sebuah riwayat yang dikemukakan oleh al-Bazzar, sabda Rasulullah SAW: “Jika kamu berbunuh-bunuhan dengan sebab perkara dunia, maka orang yang membunuh dan orang yang terbunuh di dalam neraka.” Imam al-Qurthubi memberi komentar mengenai hadith ini: Hadith ini menerangkan bahawa jika pertarungan berlaku dengan sebab kejahilan seperti inginkan dunia dan mengikut nafsu, maka inilah yang dimaksudkan daripada sabda baginda: “Orang yang membunuh dan orang yang terbunuh di dalam neraka.” (Fath al-Bari)

Selengkapnya..

posted by jailurrashied @ 09:32   2 comments
Akhukum fil Aqidah

Nama: jailurrashied
Alamat: Section 18, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Mutiara Kata Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi. (HASAN AL-BANNA)
Lihat profil saya
Tinggalkan Pesanan

Projek dan Produk
Sapaan Makrifat
Tips dari al-Quran
Zikir dan Doa
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
Kedai Tinta Ilmu
Pautan Terpilih
QURAN WORD BY WORD
LAMAN TUMPUAN IKRAM AHLI BAIT BERITA ARAB BERITA MELAYU BICARA POLITIK BICARA SEMASA BICARA BUKU SAINS DAN ISLAM INSTITUSI ULAMA ARAB ULAMA ARAB AKTIVIS DAKWAH MALAYSIA INFORMASI DAKWAH MAJLIS TASAWUF ILMU TASAWUF WEB ISLAMI INDONESIA TOKOH DAN KISAH RUJUKAN ILMIAH RUJUKAN BAHASA MOTIVASI AUDIO ARAB AUDIO MELAYU SAHABAT
Template oleh:

Blogger Templates

BLOGGER