SAPAAN MAKRIFAT DAMBAAN HAKIKI; SEMARAK BUDAYA ILMU; jailurrasyid@gmail.com +60142216003

Kekeliruan dalam usaha memartabatkan Budaya Ilmu untuk mencetuskan keghairahan mencari ilmu dan membina diri insan, masyarakat dan tamadun boleh menyebabkan kejayaan jitu gagal tercapai. Di sini, taman maya Budaya Ilmu memupuk semangat untuk insan yang prihatin mengorak langkah...

 
Anda adalah pelawat ke:
Beautiful Tilawah
BUKU TERPILIH
RATIB KEKASIH ALLAH
WASIAT LUQMAN AL-HAKIM
ZIKIR SELAWAT DAN DOA POPULAR
Artikel Terdahulu
Arkib Saya
BUKU SAINS SOLAT
SAINS SOLAT
AKTIVITI DAN KEGIATAN PUM (1975-2006)
28 July 2008
AKTIVITI DAN KEGIATAN

PUM secara dasarnya sentiasa menjalankan program-program yang berlandaskan dakwah dan menyebarkan risalah Islam, di samping memperjuangkan kemurnian pemikiran Islam di dalam masyarakat. Untuk itu, PUM telah menjalankan program-program dakwah di peringkat Pusat dan Cawangan. Ahli Jawatankuasa PUM juga, sama ada secara individu atau atas nama Persatuan kerap diundang untuk menyampaikan ceramah-ceramah umum dan kuliah di merata tempat seperti masjid-masjid, surau-surau, pejabat-pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain.

Antara kegiatan PUM yang lain, termasuklah membantu atau berperanan terus dalam memberikan input dan idea mengenai sesuatu isu atau perkara tertentu kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak yang berkaitan. Umpamanya, ketika konsep Perbankan Islam masih kabur dan tidak diyakini oleh masyarakat di negara ini, idea atau pemikiran mengenai Bank Islam dicetuskan melalui seminar anjuran PUM iaitu Seminar Ekonomi dan Bank Islam pada tahun 1982. Ekoran dari seminar tersebut, PUM menerbitkan sebuah buku iaitu 100 Soal Jawab Bank Islam. PUM juga telah bertindak menyelesaikan banyak persoalan-persoalan semasa seperti masalah Amanah Saham Nasional yang mana suatu ketika dulu dianggap sensitif, masalah pajak gadai Islam dan lain-lain isu yang relevan mengikut waktu tertentu.

PUM juga turut terlibat di peringkat antarabangsa. Delegasi / wakil PUM turut diundang ke luar negara seperti Brunei, Indonesia, Singapura, Britain, Mesir dan lain-lain negara; di samping menerima kunjungan tetamu dari luar negara seperti Pakistan, Kashmir, Amerika, Iran, Turki, British, Australia dan negara-negara Islam lain semata-mata untuk membincangkan persoalan umat Islam

Seminar, Persidangan & Kursus

a. Seminar dan Persidangan
Antara aktiviti teras dan paling menonjol, serta menjadi tradisi bagi PUM ialah menganjurkan program-program berbentuk seminar, persidangan, mahupun konvensyen, mengenai isu-isu tertentu setiap tahun, khususnya bersempena dengan MAPT-PUM.


Sehingga kini dianggarkan PUM Pusat telah mengadakan lebih daripada 30 buah seminar dan persidangan, sama ada di peringkat kebangsaan, serantau, mahupun antarabangsa. Semua seminar tersebut mencakupi pelbagai aspek. Antara penganjuran program-program tersebut ialah seperti berikut:








- Muktamar Ulama Malaysia – Kebangsaan (12 - 13hb. April 1975. Kolej Islam Kelang, Selangor).
- Muzakarah Ulama Malaysia – Kebangsaan (- 1982. Petaling Jaya).
- Seminar Ekonomi dan Bank Islam: Konsep dan Pelaksanaan – Kebangsaan (- 1982. Petaling Jaya).
- Muzakarah Ulama Asia Tenggara (MUAT) - Serantau (24 - 26hb. Nov. 1983. Kelana Jaya).
- Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan di Malaysia – Kebangsaan (5hb. Mei 1986. Kuala Lumpur).
- Seminar Usahawan Muslimin Peringkat Kebangsaan – Kebangsaan (11 - 13hb. Sept. 1987. Institut Teknologi MARA, Shah Alam).
- Seminar Bahasa Melayu dan Pembangunan Insan – Kebangsaan (14 - 16hb. Okt. 1988. Petaling Jaya).
- Seminar Model Perlembagaan Islam - Antarabangsa (2 - 4hb. Mac 1991. KL International Hotel, Kuala Lumpur).
- Nadwah Pendedahan Jenayah Salman Rushdie dan Kegiatan Musuh Islam Antarabangsa – Kebangsaan (14hb. Feb. 1993. Oditorium RISDA, Kuala Lumpur).
- Seminar Antarabangsa Pendekatan Mazhab Sunni-Syiah Dalam Konteks Kebangkitan Islam – Antarabangsa (3 - 4hb. Julai 1993. Hotel Federal, Kuala Lumpur).
- Seminar Kebangsaan Pajak Gadai Islam (al-Rahn)- Kebangsaan (13hb. Nov. 1993. Hotel Subang Merlin, Subang Jaya).
- Perhimpunan Mahasiswa Islam Peringkat Kebangsaan - Kebangsaan [* anjuran: Sekretariat Pelajar PUM] (25 - 26hb. Dis. 1993. Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya).
- Seminar Pasaran Saham Dari Perspektif Islam – Kebangsaan (3hb. Sept. 1994. Hotel Sheraton, Subang Jaya).
- Seminar Media Massa dan Kewartawanan Islam – Kebangsaan (19hb. Ogos 1995. Hotel NPC, Petaling Jaya).
- Seminar Pembangunan Akhlak Dari Perspektif Islam – Kebangsaan (21hb. Sept. 1996. Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya)
- Seminar Pemikiran Islam Menangani Cabaran Alaf Baru – Kebangsaan (16 - 17hb. Ogos 1997. Akademi Penerbangan Malaysia, Kelana Jaya).
- Konvensyen Gerakan Islam Agenda 2000 – Kebangsaan (16 - 17hb. Okt. 1999. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).
- Seminar Dakwah, Ulama dan IT – Negeri (16 - 17hb. Jun 2000. Hotel Primula Park Royal, Kuala Terengganu).
- Nadwah Koperasi Islam 2000 Peringkat Kebangsaan – Kebangsaan (15hb. Julai 2000. Hotel Grand Bluewave, Shah Alam).
- Seminar Baitul Maqdis Sempena Maal Hijrah – Kebangsaan (26hb. Mac 2001. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).
- Wacana Muslimat & Cabaran Semasa – Kebangsaan (22hb. Jun 2001. Rumah Universiti, Universiti Malaya).
- Kongres Ulama Asia Tenggara (KUAT) – Serantau (23 - 24hb. Jun 2001. Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya).
- Ijtima Khas Ulama Malaysia (I) – Kebangsaan (2hb. Dis. 2001. Hotel Singgahsana, Petaling Jaya).
- Ijtima Khas Ulama Malaysia Mengenai Isu-isu Semasa – Kebangsaan (17hb. Mac 2002. Shah Village Motel, Petaling Jaya).
- Seminar Kempen Menentang Terrorisme – Kebangsaan (19 - 20hb. April 2002. Hotel Eastin, Petaling Jaya).
- Seminar Islam dan Orientalisme Peringkat Kebangsaan 2002 – Kebangsaan (20 - 21hb. Julai 2002. Hotel Dynasty, Kuala Lumpur).
- Konvensyen Nasional Sekolah Agama Rakyat – Kebangsaan (15hb. Mac 2003. Anjung Rahmat, Kuala Lumpur).
- Persidangan Ulama’ Kebangsaan 2003 – Kebangsaan (5hb. Julai 2003. Wisma Darul Aman, Alor Star, Kedah).
- Seminar Islam & Era Imperialisme Baru – Kebangsaan (19 - 20hb. Julai 2003. Hotel Armada, Kuala Lumpur).
- Seminar Masa Depan Demokrasi dan Gerakan Islam Islam di Nusantara – Serantau (7hb. Ogos 2004. Anjung Rahmat, Kuala Lumpur).
- Seminar Islam dan Cabaran Pemikiran Semasa – Kebangsaan (16hb. Julai 2005. Golden Straits Villas Resort, Port Dickson).
- Seminar Kebangsaan 50 Tahun Merdeka: Perspektif Islam – Kebangsaan (29 - 30hb. Julai 2006. Hotel Putra, Kuala Lumpur).


posted by jailurrashied @ 01:28   0 comments
Liputan Majlis Perasmian Tinta Ilmu
26 July 2008
Liputan bergambar:
- Karnival Jom Baca Buku
- Pelancaran buku "MUHAMMAD S.A.W" dan perasmian kedai buku Tinta Ilmu oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat.


Selengkapnya:
http://perasmian.blogspot.com/
posted by jailurrashied @ 02:34   0 comments
Aurat dan Pornoaksi: Tinjauan Agama dan Rasional
25 July 2008
Islam telah menetapkan bahawa adanya bahagian yang tertentu menjadi aurat pada diri wanita yang perlu ditutupi. Ia adalah suatu hukum yang mudah menurut kacamata Islam yang umum di dalam kehidupan yang terdapat padanya perkara yang diharuskan dan perkara yang ditegah. Perspektif umum Islam menggesa agar kita menjauhkan diri dari segala godaan dan perkara yang meransang syahwat. Matlamatnya ialah memuliakan manusia dan meninggikan sifat nalurinya, disamping menjadikan kuasa yang di tangan seseorang dipandu oleh matlamat syari’at dan hukum-hakam akal…. agar manusia dinaungi dengan kemuliaan. Juga mengangkat darjat manusia daripada semata-mata menjadi seperti haiwan, sekadar makan dan memakai.

Baca selengkapnya:
http://sapaanmakrifat.blogspot.com/


Ulasan menarik:
1) Aurat -Clip Video
http://www.youtube.com/watch?v=Q5l02NdeIVY

2) Aurat - Tuan Guru Nik Aziz
http://www.youtube.com/watch?v=UG_iFzfd5Oc

3) Aurat - Us Zaharuddin
http://www.youtube.com/watch?v=80hLkcvBhts&feature=related
posted by jailurrashied @ 10:48   0 comments
Karnival Jom Baca Buku
13 July 2008
18 hingga 20 Julai 2008
(Jumaat - Ahad: 10.00 pagi - 10 malam)
Tingkat 1, Kompleks Ole-ole,
Seksyen 18, Shah Alam

Aktiviti Menarik:
18 Julai (05.00 ptg.) :
- Pelancaran Buku: "Muhammad SAW"

19 Julai (01.00 tgh) :
- Santai Bersama "Dear Yayah" (PTS Publ.)

20 Julai (01.00 tgh):
- Ramah Mesra Bersama Novelis ALAF 21
- Persembahan Nashid Kumpulan INSTINCT




Diskaun untuk buku-buku terbitan:
Persatuan Ulama Malaysia - iMAP - Telaga Biru – Alaf 21 - Pustaka Majid – Pustaka Salam – The Other Press – Islamic Book Turst – Truewealth Publishing - Pustaka Fajar – Perniagaan Jahabersa - Jasmin Enterprise - PTS - Blue-T – Progressive Publishing - iBOOK - Hidayah Publications - Pustaka Dini .

Maklumat lanjut:
Kedai Buku Tinta Ilmu, Tingkat 1,
Kompleks Ole-ole (TEL: 019-3799 101)

Dapatkan DISKAUN menarik
Membeli, membaca dan berjimat
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Jangan Ketinggalan ....!


PERASMIAN KEDAI BUKU TINTA ILMU
dan PELANCARAN BUKU "MUHAMMAD S.A.W"


OLEH :
YAB TUAN GURU DATO'

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tarikh : 18 Julai 2008 / 15 Rejab 1429 (Jumaat)
Tempat: Tingkat 1, Kompleks Ole-ole.




04.15 - 04.45:
-Sesi Ulasan Pra-pelancaran Buku: Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman

04.45 - 05.00:
-Solat Asar

05-00:
-Ketibaan Jemputan / Tetamu Undangan

05.20:
-Ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Kelantan

05.30 - 06.30:
-Ucapan Alu-aluan Pengarah Urusan Kedai Buku Tinta Ilmu
-Ucapan YAB Dato' Menteri Besar
-Pelancaran Buku dan Perasmian Kedai Buku Tinta Ilmu
-BERSURAI

Lokasi Tinta Ilmu, Kompleks Beli-Belah Ole-Ole:



Link Lokasi Ole-Ole Shopping Centre:-
http://www.wikimapia.org/#lat=3.0570393&lon
=101.5141869&z=13&l=0&m=h&v=2
posted by jailurrashied @ 18:36   0 comments
Seminar Penyembelihan Halal
09 July 2008


Anjuran:
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) ; Cawangan Wilayah Persekutuan

Tarikh:
19 Julai 2008 (Sabtu)

Masa:
9.00 pagi -12.30 tengahri

Tempat:
Dewan Serbaguna Masjid Al-Muhsinin
Taman Desa, Off Jln Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur


posted by jailurrashied @ 12:12   0 comments
Akhukum fil Aqidah

Nama: jailurrashied
Alamat: Section 18, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Mutiara Kata Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi. (HASAN AL-BANNA)
Lihat profil saya
Tinggalkan Pesanan

Projek dan Produk
Sapaan Makrifat
Tips dari al-Quran
Zikir dan Doa
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
Kedai Tinta Ilmu
Pautan Terpilih
QURAN WORD BY WORD
LAMAN TUMPUAN IKRAM AHLI BAIT BERITA ARAB BERITA MELAYU BICARA POLITIK BICARA SEMASA BICARA BUKU SAINS DAN ISLAM INSTITUSI ULAMA ARAB ULAMA ARAB AKTIVIS DAKWAH MALAYSIA INFORMASI DAKWAH MAJLIS TASAWUF ILMU TASAWUF WEB ISLAMI INDONESIA TOKOH DAN KISAH RUJUKAN ILMIAH RUJUKAN BAHASA MOTIVASI AUDIO ARAB AUDIO MELAYU SAHABAT
Template oleh:

Blogger Templates

BLOGGER