SAPAAN MAKRIFAT DAMBAAN HAKIKI; SEMARAK BUDAYA ILMU; jailurrasyid@gmail.com +60142216003

Kekeliruan dalam usaha memartabatkan Budaya Ilmu untuk mencetuskan keghairahan mencari ilmu dan membina diri insan, masyarakat dan tamadun boleh menyebabkan kejayaan jitu gagal tercapai. Di sini, taman maya Budaya Ilmu memupuk semangat untuk insan yang prihatin mengorak langkah...

 
Anda adalah pelawat ke:
Beautiful Tilawah
BUKU TERPILIH
RATIB KEKASIH ALLAH
WASIAT LUQMAN AL-HAKIM
ZIKIR SELAWAT DAN DOA POPULAR
Artikel Terdahulu
Arkib Saya
BUKU SAINS SOLAT
SAINS SOLAT
Antara Kandungan Istimewa dalam Buku Ratib Kekasih Allah
20 February 2012

Wizib Wiqayah susunan Arabi adalah ungkapan doa Asmaul Husna yang diselangi dengan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan keberkatan. Berdoa dengan menggunakan Asmaul Husna merupakan antara faktor terkuat untuk doa dimakbulkan.

http://karyahasan.blogspot.com/2010/09/ratib-kekasih-allah.html
posted by jailurrashied @ 01:24   0 comments
Nilai yang Adil dalam Hukum-Hakam

Tujuan Allah mengharamkan sesuatu adalah untuk mencegah kepincangan dan menutup perkara yang memalukan diri kita.

Ketika mana Allah mengharamkan saya mencuri harta orang lain, Dia juga mengharamkan orang lain di seluruh dunia daripada mencuri harta saya. Jadi manakah untuk kepentingan saya. . . Saya menghindarkan diri daripada harta orang lain. . . atau orang di seluruh dunia menghindarkan diri daripada harta saya. . .

Allah mengharamkan saya melihat aurat orang lain, akan tetapi pada masa yang sama Dia mengharamkan semua orang lain di dunia ini melihat aurat saya. Jadi yang manakah lebih memelihara kehormatan saya. . . Saya tidak melihat kepada aurat isteri orang lain. . . atau orang lain semua tidak melihat aurat isteri saya. . . Pastinya, orang lain semua tidak melihat aurat isteri saya.

Dari itu, jelaslah kepada kita bahawa perkara yang dilarang Allah adalah untuk kepentingan diri saya sendiri. Akan tetapi, apabia saya membuat penilaian dengan cara yang salah, saya tidak mendapati hukum-hakam itu adil. Sebenarnya, hukum-hakam itu sememangnya adil. Ia menetapkan hak yang saksama antara saya dan juga orang lain. Semua hamba Allah adalah sama. Mengikut neraca yang adil, apa yang tidak saya tidak sukai terhadap diri saya, maka semestinya saya tidak sukai terhadap orang lain... Oleh itu, Allah SWT menetapkan hukum-hakam untuk kepentingan semua pihak tanpa cenderung untuk kepentingan sesuatu pihak dengan mengabaikan pihak yang lain..




posted by jailurrashied @ 00:41   0 comments
Akhukum fil Aqidah

Nama: jailurrashied
Alamat: Section 18, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Mutiara Kata Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi. (HASAN AL-BANNA)
Lihat profil saya
Tinggalkan Pesanan

Projek dan Produk
Sapaan Makrifat
Tips dari al-Quran
Zikir dan Doa
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
Kedai Tinta Ilmu
Pautan Terpilih
QURAN WORD BY WORD
LAMAN TUMPUAN IKRAM AHLI BAIT BERITA ARAB BERITA MELAYU BICARA POLITIK BICARA SEMASA BICARA BUKU SAINS DAN ISLAM INSTITUSI ULAMA ARAB ULAMA ARAB AKTIVIS DAKWAH MALAYSIA INFORMASI DAKWAH MAJLIS TASAWUF ILMU TASAWUF WEB ISLAMI INDONESIA TOKOH DAN KISAH RUJUKAN ILMIAH RUJUKAN BAHASA MOTIVASI AUDIO ARAB AUDIO MELAYU SAHABAT
Template oleh:

Blogger Templates

BLOGGER