SAPAAN MAKRIFAT DAMBAAN HAKIKI; SEMARAK BUDAYA ILMU; jailurrasyid@gmail.com +60142216003

Kekeliruan dalam usaha memartabatkan Budaya Ilmu untuk mencetuskan keghairahan mencari ilmu dan membina diri insan, masyarakat dan tamadun boleh menyebabkan kejayaan jitu gagal tercapai. Di sini, taman maya Budaya Ilmu memupuk semangat untuk insan yang prihatin mengorak langkah...

 
Anda adalah pelawat ke:
Beautiful Tilawah
BUKU TERPILIH
RATIB KEKASIH ALLAH
WASIAT LUQMAN AL-HAKIM
ZIKIR SELAWAT DAN DOA POPULAR
Artikel Terdahulu
Arkib Saya
BUKU SAINS SOLAT
SAINS SOLAT
Tips Mengawal Perasaan Dalam Menangani Kerenah Seseorang
29 May 2011

1) Hati manusia berada dalam genggaman kuasa Allah. Oleh itu, mestilah kita pertingkatkan hubungan diri dengan Allah, jika “inginkan hati” seseorang:

Hadits dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash r.a., ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ. ثُمَّ قَـالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Sesungguhnya hati Bani Adam semuanya di antara dua jari dari jari jemari Ar-Rahman, seperti hati satu orang, Dia palingkan kemana Dia kehendaki.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ya Allah, Dzat yang memalingkan hati, palingkanlah hati-hati kami pada ketaatan kepada-Mu.” (Hadis riwayat Muslim)

2) Allah SWT menentukan tautan hati antara hamba-Nya, bukan pengorbanan seseorang individu untuk menawan hati atau menundukkan hati seseorang:

Surah al-Anfal ayat 63-62:

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ، يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau

belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63) Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

3) Apa sahaja perbuatan jahat atau tidak baik yang dilakukan oleh seseorang manusia, ia tidak menyamai azab seksa yang diturunkan daripada Allah SWT. Ini kerana tiada siapa yang dapat melepaskan diri daripada azab Allah:

Surah Angkabut ayat 9:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah.

4) Jika Allah SWT mengasihi seseorang, maka manusia di sekelilingnya juga akan menyenangi dengan kehadirannya.

وعنه عن النبي صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ، قال : « إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ تعالى العَبْدَ ، نَادَى جِبْريل : إِنَّ اللَّه تعالى يُحِبُّ فُلاناً ، فَأَحْبِبْهُ ، فَيُحبُّهُ جِبْريلَ ، فَيُنَادى في أَهْلِ السَّمَاء : إِنَّ اللَّه يُحِبُّ فُلاناً ، فَأَحِبوهُ ، فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، ثُمَّ يُوْضَعُ له القَبُولُ في الأَرْضِ » متفقٌ عليه.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad berkata, “Sekiranya Allah mengasihi seseorang hambanya, Allah berkata kepada Jibril, ‘Sesungguhnya Allah mengasihi si Fulan, maka hendaklah kamu mengasihinya.’ Maka Jibril pun mengasihi orang itu. Kemudian, Jibril berkata kepada seluruh penduduk langit, ‘Sesungguhnya Allah mengasihi si Fulan, maka hendaklah kamu semua mengasihinya.’ Maka, seluruh penduduk langit pun mengasihi orang itu. Kemudian, Allah menjadikan orang itu turut dikasihi oleh hamba-hamba Allah yang baik di muka bumi.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

وفي رواية لمسلمٍ : قال رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « إِنَّ اللَّه تعالى إِذا أَحبَّ عبْداً دَعا جِبْريلَ ، فقال : إِنِّي أُحِبُّ فُلاناً فَأَحْبِبْهُ ، فَيُحِبُّهُ جِبْريلُ ، ثُمَّ يُنَادِي في السَّماءِ ، فَيَقُولُ : إِنَّ اللَّه يُحِبُّ فُلاناً ، فَأَحِبُّوهُ فَيُحبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ثُمَّ يُوضَعُ له القَبُولُ في الأَرْضِ ، وإِذا أَبْغَضَ عَبداً دَعا جِبْريلَ ، فَيَقولُ : إِنِّي أُبْغِضُ فُلاناً ، فَأَبْغِضْهُ ، فَيُبْغِضُهُ جِبْريلُ ، ثُمَّ يُنَادِي في أَهْلِ السَّماءِ : إِنَّ اللَّه يُبْغِضُ فُلاناً ، فَأَبْغِضُوهُ ، فَيُبْغِضُهُ أَهْلُ السَّماءِ ثُمَّ تُوضَعُ له البَغْضَاءُ في الأَرْضِ .

Dalam laporan lain yang direkodkan oleh Muslim, Rasulullah berkata, “Sekiranya Allah mengasihi hambanya, Allah memanggil Jibril dan berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya aku mengasihi si Fulan, maka hendaklah kamu mengasihinya.’ Maka Jibril pun mengasihi orang itu. Kemudian, Jibril memanggil seluruh penduduk langit dan berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya Allah mengasihi si Fulan, maka hendaklah kamu semua mengasihinya.’ Maka, seluruh penduduk langit pun mengasihi orang itu. Kemudian, Allah menjadikan orang itu turut dikasihi oleh hamba-hamba Allah yang baik di muka bumi. Sekiranya Allah membenci hambanya, Allah memanggil Jibril dan berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya aku benci si Fulan, maka hendaklah kamu membencinya.’ Jibril pun membenci orang itu. Kemudian, Jibril memanggil seluruh penduduk langit dan berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Allah membenci si Fulan, maka hendaklah kamu semua membencinya.’ Maka, seluruh penduduk langit pun membenci orang itu. Kemudian, Allah menjadikan orang itu turut dibenci oleh hamba-hamba Allah yang baik di muka bumi.”

posted by jailurrashied @ 16:07   0 comments
Akhukum fil Aqidah

Nama: jailurrashied
Alamat: Section 18, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Mutiara Kata Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi. (HASAN AL-BANNA)
Lihat profil saya
Tinggalkan Pesanan

Projek dan Produk
Sapaan Makrifat
Tips dari al-Quran
Zikir dan Doa
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
Kedai Tinta Ilmu
Pautan Terpilih
QURAN WORD BY WORD
LAMAN TUMPUAN IKRAM AHLI BAIT BERITA ARAB BERITA MELAYU BICARA POLITIK BICARA SEMASA BICARA BUKU SAINS DAN ISLAM INSTITUSI ULAMA ARAB ULAMA ARAB AKTIVIS DAKWAH MALAYSIA INFORMASI DAKWAH MAJLIS TASAWUF ILMU TASAWUF WEB ISLAMI INDONESIA TOKOH DAN KISAH RUJUKAN ILMIAH RUJUKAN BAHASA MOTIVASI AUDIO ARAB AUDIO MELAYU SAHABAT
Template oleh:

Blogger Templates

BLOGGER