SAPAAN MAKRIFAT DAMBAAN HAKIKI; SEMARAK BUDAYA ILMU; jailurrasyid@gmail.com +60142216003

Kekeliruan dalam usaha memartabatkan Budaya Ilmu untuk mencetuskan keghairahan mencari ilmu dan membina diri insan, masyarakat dan tamadun boleh menyebabkan kejayaan jitu gagal tercapai. Di sini, taman maya Budaya Ilmu memupuk semangat untuk insan yang prihatin mengorak langkah...

 
Anda adalah pelawat ke:
Beautiful Tilawah
BUKU TERPILIH
RATIB KEKASIH ALLAH
WASIAT LUQMAN AL-HAKIM
ZIKIR SELAWAT DAN DOA POPULAR
Artikel Terdahulu
Arkib Saya
BUKU SAINS SOLAT
SAINS SOLAT
Menongkah Arus Dunia dengan Kemudi Ukhrawi
28 October 2009
Sifat-sifat individu muslim memperlihatkan dan menunjukkan perasaan hormat kepada semua orang-orang Islam. Ia juga mesti mengetahui kelemahan, keburukan, kekurangan diri dan penyakit rohani dan kecenderungan dirinya. Namun syaitan telah menggoda manusia dalam urusan dunia, jiwa dan nafsu sehingga menyebabkan manusia melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diredhai Allah SWT. Manusia juga terjebak melakukan perbuatan-perbuatan tersebut dengan dorongan dari dalam jiwanya sendiri, umpamanya untuk mencapai satu tujuan kebendaan dan urusan dunia.

Kini manusia menfokuskan perhatian kepada fahaman-fahaman yang aneh dan ungkapan-ungkapan ideologi yang mengkaburkan pemahaman. Mereka mendengarkan pernyataan sejarah yang menganggap manusia hanyalah sebagai modal utama perekonomian di tengah-tengah dunia global. Jika satu saat mereka merasa lemah atau ingin memperoleh keuntungan yang bersifat kebendaan, maka ditempuhlah dengan perbagai cara tanpa mengendahkan hukum syarak, umpamanya dengan cara menindas orang, berhasad-dengki, mengumpat, menghasut dan membuat kerosakan sekalipun.

Faktor yang dapat membendung kemelut seperti ini ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik. Sementara punca penularannya ialah nafsu dan syahwat. Hal ini adalah sebagaimana yang disabdakan nabi s.‘a.w mengenai perkara yang banyak membawa manusia ke syurga dan perkara yang banyak menjerumuskan manusia ke dalam neraka:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ ؟ قَالَ: التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ، وَسُئِلَ: مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ؟ قَالَ: الْأَجْوَفَانِ، الْفَمُ وَالْفَرْجُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: Nabi s.‘a.w ditanya: Apakah perkara yang paling banyak menyebabkan manusia masuk syurga? Jawab baginda: Taqwa dan akhlak yang baik.” Baginda ditanya lagi: “Apakah perkara yang paling banyak menyebabkan manusia masuk neraka?” Baginda menjawab: “Dua rongga iaitu mulut dan faraj.” (Sunan Ibn Majah).

Tindakan Penyelesaian:

1) Menjadikan seluruh kehidupan sebagai ibadah:
Sabda Nabi s.’a.w dalam sebuah Qudsi: Firman Allah SWT:
ابْنَ آدَمَ تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي أَمْلأُ صَدْرَكَ غِنًى، وَأَسُدُّ فَقْرَكَ وَإِلاَّ تَفْعَلُ مَلأْتُ صَدْرَكَ شُغْلاً وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكَ
“Wahai anak Adam tumpukanlah untuk beribadat kepadaku, pasti Aku akan penuhkan dadamu dengan kekayaan, aku lenyapkan kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukan demikian pasti aku penuhkan dada kamu dengan kesibukan dan aku tidak lenyapkan kefakiran kamu.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah).

2) Membataskan keinginan:
مَنْ جَعَلَ الْهَمَّ هَمًّا وَاحِدًا كَفَاهُ اللهُ هَمَّ دُنْيَاهُ، وَمَنْ تَشَعَّبَتْهُ الْهُمُوْمُ لَمْ يُبَالِ اللهُ فِي أَيِّ أَوْدِيَةِ الدُّنْيَا هَلَكَ
“Sesiapa yang meletakkan keinginannya hanya satu (semata-mata untuk akhiratnya), pasti Allah memberikan kecukupan pada keinginan dunianya. Sesiapa yang keinginannya bercabang-cabang (dalam hal ehwal dunia), Allah tidak mempedulikannya di lembah dunia mana sekalipun ia binasa.” (Diriwayatkan daripada Ibn Umar di dalam Syu‘ab al-Iman).

3) Tidak menjadikan dunia sebagai keinginan yang utama:
تَفَرَّغُوا مِنْ هُمُومِ الدُّنْيَا مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّهُ مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّهِ أَفْشَى اللَّهُ ضَيْعَتَهُ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ، وَمَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ أَكْبَرَ هَمِّهِ جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أُمُورَهُ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ، وَمَا أَقْبَلَ عَبْدٌ بِقَلْبِهِ إِلَى اللَّهِ إِلا جَعَلَ اللَّهُ قُلُوبَ الْمُؤْمِنِينَ تَفِدُ إِلَيْهِ بِالْوُدِّ وَالرَّحْمَةِ، وَكَانَ اللَّهُ إِلَيْهِ بِكُلِّ خَيْرٍ أَسْرَعَ
Hindarkanlah sepenuhnya dari keinginan terhadap dunia sedaya-upaya kamu. Sesiapa yang keinginan dunianya lebih besar, pasti Allah membebankan tanggungjawabnya dan mendedahkannya kepada kemiskinan. Sesiapa yang keinganan akhiratnya lebih besar, pasti Allah memperkemaskan urusannya dan memberikan kekayaan di hatinya. Tidak seseorang hamba mendampingi Allah dengan hatinya melainkan Allah menjadikan hati orang-orang beriman cenderung kepadanya dengan kemesraan dan kasih-sayang, di samping itu Allah segera memberikan segala kebaikan kepadanya. (Sabda Rasulullah s.‘a.w diriwayatkan daripada Abu Darda’ di dalam Mu‘jam al-Tabarani)


4) Membersihkan jiwa dengan berserah kepada Allah SWT. Nabi s.‘a.w. berdoa:
رَبِّ أَعْطِ نَفْسِي تَقْوَاهَا زَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا
Wahai Tuhanku, berikanlah taqwa kepada jiwaku dan bersihkannya kerana Engkaulah sebaik-baik yang membersihkannya, Engkaulah penguasanya dan Engkaulah penaungnya. (Diriwayatkan di dalam Musnad Imam Ahmad daripada ‘Aisyah katanya: Aku mendapati Nabi s.‘a.w. tiada di tempat tidurnya. Kemudian ‘Aisyah menyentuh baginda dengan tangannya dan mendapati baginda sednag bersujud sambil berkata: “Doa di atas.”).

5) Meningkatkan kecintaan kepada Allah SWT melebihi segala-galanya. Nabi s.‘a.w. berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلُ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
Wahai Tuhanku, aku pohon daripadaMu kasihMu, dan kasih mereka yang kasihkanMu, dan aku pohon amalan yang boleh menyampaikanku kepada kasihMu. Wahai Tuhanku, jadikan kasihMu lebih dicintaiku daripada diriku, daripada keluargaku dan daripada air yang dingin. (Diriwayatkan daripada Abu Darda’ di dalam Sunan al-Tirmizi bahawa sabda Rasulullah s.‘a.w: Antara doa Nabi Daud a.s. ialah: “Doa di atas.”)

6) Segala perkara yang disukai dan tidak disukai digunakan untuk kecintaan kepada Allah SWT. Nabi s.‘a.w. berdoa:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يَنْفَعُنِي حُبُّهُ عِنْدَكَ، اللَّهُمَّ مَا رَزَقْتَنِي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ قُوَّةً لِي فِيمَا تُحِبُّ، اللَّهُمَّ وَمَا زَوَيْتَ عَنِّي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ فَرَاغًا لِي فِيمَا تُحِبُّ
Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku kasihMu dan kasih-sayang yang berguna kepadaku kasihnya di sisiMu. Wahai Tuhanku, apa saja rezeki idamanku yang telah Engkau kurniakan kepadaku maka jadikannya tenaga kekuatan bagiku untuk melaksanakan amalan-amalan yang disukaiMu. Wahai Tuhanku, apa saja rezeki idamanku yang Engkau jauhkan dariku maka jadikanlah kekosongan itu untuk aku melaksanakan amalan yang disukaiMu. (Diriwayatkan daripada Abdullah bin Yazid al-Khatmi al-Ansari di dalam Sunan al-Tirmizi bahawa Rasulullah s.‘a.w mengatakan di dalam doanya: “Doa di atas.”).

7) Menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran, memelihara diri sendiri ketika kepincangan berleluasa, dan juga bersabar.
بَلْ ائْتَمِرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنَاهَوْا عَنْ الْمُنْكَرِ حَتَّى إِذَا رَأَيْتَ شُحًّا مُطَاعًا وَهَوًى مُتَّبَعًا وَدُنْيَا مُؤْثَرَةً وَإِعْجَابَ كُلِّ ذِي رَأْيٍ بِرَأْيِهِ، فَعَلَيْكَ بِخَاصَّةِ نَفْسِكَ وَدَعِ الْعَوَامَّ، فَإِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامًا الصَّبْرُ فِيهِنَّ مِثْلُ الْقَبْضِ عَلَى الْجَمْرِ، لِلْعَامِلِ فِيهِنَّ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلاً يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِكُمْ
“Hendaklah kamu menyuruh kepada makruf dan menegah kemungkaran sehinggalah kamu melihat orang yang bakhil ditaati, hawa nafsu diikuti, dunia lebih diutamakan, orang yang pandai merasa takjub dengan pandangannya sendiri. Saat itu hendaklah kamu memelihara dirimu sendiri dan biarkanlah orang lain (berusaha agar tidak terbabit dengan empat perkara yang membinasakan yang disebutkan). Ini kerana selepas kamu akan berlaku zaman di mana orang yang bersabar seperti orang yang menggenggam bara. Bagi orang yang beramal di kalangan mereka akan mendapat pahala lima puluh orang dan mereka beramal sebagaimana amalan kamu.” (Sabda Rasulullah s.‘a.w. di dalam Sunan al-Tirmizi).

8) Menghindari daripada fitnah (perselisihan dan perpecahan):

سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ وَالْقَائِمُ خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ فَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ
“Kelak akan berlaku fitnah, orang yang duduk pada waktu itu lebih baik daripada orang orang berdiri, orang berdiri lebih baik daripada orang berjalan, orang yang berjalan lebih baik daripada orang berlari-lari. Sesiapa yang mencari-carinya ia akan terjerat dan sesiapa yang mendapat tempat berlindung atau berteduh, hendaklah ia berlindung dengannya.” (Sabda Rasulullah s.‘a.w. diriwayatkan daripada Abu Hurairah di dalam Sahih al-Bukhari).

Klik di sini untuk baca teks hadis.
posted by jailurrashied @ 16:19   0 comments
Akhukum fil Aqidah

Nama: jailurrashied
Alamat: Section 18, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Mutiara Kata Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinari pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan. Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi. (HASAN AL-BANNA)
Lihat profil saya
Tinggalkan Pesanan

Projek dan Produk
Sapaan Makrifat
Tips dari al-Quran
Zikir dan Doa
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
Kedai Tinta Ilmu
Pautan Terpilih
QURAN WORD BY WORD
LAMAN TUMPUAN IKRAM AHLI BAIT BERITA ARAB BERITA MELAYU BICARA POLITIK BICARA SEMASA BICARA BUKU SAINS DAN ISLAM INSTITUSI ULAMA ARAB ULAMA ARAB AKTIVIS DAKWAH MALAYSIA INFORMASI DAKWAH MAJLIS TASAWUF ILMU TASAWUF WEB ISLAMI INDONESIA TOKOH DAN KISAH RUJUKAN ILMIAH RUJUKAN BAHASA MOTIVASI AUDIO ARAB AUDIO MELAYU SAHABAT
Template oleh:

Blogger Templates

BLOGGER