|
Sikap terpuji insan unggul |
06 August 2010 |
AKHBAR METRO
Sikap terpuji insan unggul
2010/08/06 JATI diri seseorang Muslim yang sebenar menjadikan dirinya seorang manusia yang unggul.
Sifat atau perwatakannya sentiasa memenuhi ciri-ciri individu Islam berlandaskan al-Quran dan sunnah dalam semua aspek kehidupan.
Untuk menjadi manusia unggul dan berjaya, seseorang itu perlu memiliki sifat terpuji iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang lengkap merangkumi ibadat khusus dan fardu kifayah.
Selain itu, seseorang itu mesti berakhlak mulia yang mencerminkan keimanan dan amal soleh. Ciri-ciri itu nampak mudah tetapi jika tidak berdisiplin, ia sukar untuk digapai.
Bagi seorang mukmin, kejayaan yang disertakan dengan keimanan akan lebih bermakna kerana mereka akan memperoleh dua kejayaan iaitu di dunia dan akhirat.
Alangkah beruntungnya manusia yang mendapat dua anugerah itu. Malah, kejayaan di akhirat adalah anugerah yang hakiki dan kekal untuk selama-lamanya. Bagi mereka yang mencari-cari kejayaan dunia dan akhirat, buku ini amat sesuai untuk dibaca kerana petua atau tip yang diberikan berlandaskan al-Quran dan hadis.
Untuk mencari ilmu mencapai kejayaan bukan mudah kerana memerlukan pengalaman dan mengambil masa yang lama. Namun, dengan membaca buku ini, sedikit sebanyak anda sudah bersedia untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
TAJUK: Mukmin Sukses Pemantapan Jati Diri PENULIS: Ahmad Ridzuan Rizal Ab Rahman dan Ahmad Hasan Mohd Nazam HARGA: RM23 (Semenanjung Malaysia) RM25 (Sabah/Sarawak) PENERBIT: Yamani Angle Sdn Bhd TEBAL: 229 muka surat |
posted by jailurrashied @ 14:52 |
|
1 Comments: |
-
Assalamualaikum wrmbth,
Salam ukhuwah dari saya. Teruskan berkarya dan berkongsi ilmu. :)
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
Assalamualaikum wrmbth,
Salam ukhuwah dari saya. Teruskan berkarya dan berkongsi ilmu. :)