|
10 Profil Peribadi Muslim |
27 February 2009 |
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Ali ‘Imran: 10).
Umat Islam hari ini perlu mengembalikan ciri-ciri sebagai umat terbaik. Namun ia tidak akan tercapai melainkan setiap individu umat memiliki ciri-ciri yang terbaik. Oleh itu, mereka mestilah memiliki peribadi muslim yang dituntut oleh Al-Quran dan sunnah. Ia merupakan peribadi yang soleh, sikap, ucapan dan tindakannya terpancar nilai-nilai yang datang dari Allah SWT.
Peribadi muslim bukanlah tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ibadat khusus, padahal itu hanyalah salah satu aspek yang harus ada pada peribadi seorang muslim. Oleh karena itu piawai peribadi muslim yang berdasarkan Al-Quran dan sunnah merupakan sesuatu yang wajib dirumuskan, sehingga menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim.
Sekurang-kurangnya terdapat sepuluh profil atau ciri khas yang mesti ada pada peribadi seseorang muslim. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Hasan Al-Banna:
§ kekuatan jasmani, § akhlak yang mantap, § fikiran berteraskan ilmu pengetahuan, § mampu berdikari, § aqidah yang sejahtera, § ibadah yang betul, § berjuang melawan nafsu, § menjaga masa, § mengatur urusan diri, berguna untuk orang lain.
Read More... |
posted by jailurrashied @ 16:33 |
|
|
|
|