DUHAI WANITA..!!!
1) HUBUNGAN HARMONI DENGAN WANITA
- Tanggungjawab yang perlu ditunaikan untuk mereka adalah setimpal dengan tanggungjawab yang wajib mereka tunaikan; firman Allah SWT: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)” (al-Baqarah, 2: 228).
- Wanita sebagai pendamping yang memberikan ketenteraman dan kasih-mesra; firman Allah SWT:“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (al-Rum, 30: 21)
- Doa menghadapi godaan wanita: “Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.” (Yusuf, 12: 28) Selengkapnya:- http://sapaanmakrifat.blogspot.com/ |