| ADAKAH KEBANGKITAN RAKYAT ADALAH SUATU FITNAH DAN KEKACAUAN?!  Golongan  Pertama: Penyokong parti pemerintah yang zalim dan menindas rakyat.  Mereka mempunyai kepentingan peribadi daripada kezaliman, kecurian dan  rompakan. Mereka berpendapat gejala itu harus dibiarkan, jika disekat  akan tercetuslah fitnah. Sekalipun menggadaikan nyawa seseorang, tidak  perlulah dihiraukan. Tidak perlu mencetuskan kekacauan. Biarkan sahaja  situasi semasa berterusan.  Golongan ini dipelopori oleh  media dusta yang mempertahankan pihak pemerintah. Kemungkinan  dipergunakan ulama jahat, golongan intelek upahan, golongan belia yang  berpeleseran untuk menyokong pandangan mereka.   Golongan  Kedua: Orang yang lemah dari kalangan rakyat jelata. Mereka ingin hidup  aman dan selesa, sekalipun dalam keadaan hina. Mereka tidak memiliki  aspirasi yang tinggi. Mereka hanya berpada dengan sesuap dua makanan.  Dan hanya melihat masa depan yang dekat. Mereka mengambil sikap  berkecuali dan tidak mempedulikan senario politik yang berlaku.   Merekalah yang dimaksudkan dalam sabda Rasulullah SAW: “Janganlah kamu  menjadi “immaah” (pak turut), iaitu kamu mengatakan jika orang baik,  maka akupun baik; jika orang zalimku, maka aku juga zalim. Tetapi  tetapkanlah pada diri kalian jika manusia baik, aku juga baik; jika  mereka jahat, maka janganlah kamu zalim.” (Daripada Huzaifah: Sunan  al-Tirmizi)  Golongan ini hanya memerhatikan orang yang  memperjuangkan kebenaran tanpa menyertai perjuangan mereka. Jika mereka  berjaya, maka golongan ini turut bergembira dan memujinya. Jika mereka  gagal, golongan ini mengatakan: Bukankah kami katakan jangan timbulkan  kekacauan dan cetuskan fitnah!.  Golongan ini bukanlah  munafik, tetapi pengecut dan hanya mengikut-ikut. Mereka ingin  persengketaan ditenteramkan dan dihentikan supaya usaha mereka mencari  sesuap nasi dapat diteruskan. Justeru mendapati ungkapan fitnah dapat  dijadikan alasan yang mudah dan lunak disebut.  Golongan  Ketiga: Mereka melihat jika dua golongan muslimin bertentangan ia adalah  fitnah yg mesti dihindari. Menentang pemerintah tidak harus selagimana  mereka menunaikan solat atau tidak melakukan kekufuran yang nyata.  Golongan  ini menggunakan hujah dengan beberapa hadis dengan tafsiran yang salah.  Antaranya sabda Nabi SAW: “Apabila dua orang muslim bertembung dengan  pedang mereka, maka pembunuh dan yang dibunuh di dalam neraka.” Seorang  lelaki berkata: “Memang benar bagi pembunuh, bagaimana.pula dengan orang  yang dibunuh?” Sabda Baginda: “Ia bersungguh-sungguh ingin membunuh  lawannya.” (Daripada Abu Bakrah: Sahih al-Bukhari)   Persoalan  daripada hadis ini ialah adakah setiap pertembungan dan persengketaan  antara golongan muslimin, maka semua pihak akan masuk neraka? Ataupun  terdapat pengecualian dalam hal ini atau pengkhususan.  Adakah  apabila seseorang melakukan kezaliman, ingin mencuri dan merompak harta  seseorang atau harta keluarganya, maka ia mesti menyerah diri dan  menyerahkan hartanya.  Bukankah Nabi SAW bersabda: “Sesiapa  yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Sesiapa  yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Sesiapa  yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Sesiapa  yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, ia adalah syahid.”  (Daripada Amr bin Nufail: Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi)     Jadi bagaimana pula pemerintah yang mencuri harta rakyat, mencabul hak rakyat, dan menzalimi rakyat?   Adakah  muslim yang mempertahankan, membela dan memperjuangkan haknya, hak  anaknya, hak keluarganya dan hak rakyat, sama seperti muslim yang  mencuri, merompak dan zalim? Adakah muslim yang berilmu dan beradab yang keluar menyatakan kebenaran dan menuntut hak, sama seperti "samseng profesional"?  Rentetan itu, adakah jika dua orang muslim yang bertarung pedang, kedua-dua pihak adalah sama?  Dalam  menerangkan hadis tersebut Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath Bari  dan Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim mengatakan bahawa ancaman  dalam hadith tersebut ditujukan kepada orang yang bertarung tanpa alasan  yang diharuskan, malah ia hanya ingin kuasa.  Jadi bukankah terdapat alasan yang diharuskan bagi yang orang menuntut hak yang diiktiraf tetapi dirampas.  Menurut  Imam al-Thabari pula, jika orang-orang muslim wajib lari dengan berdiam  diri di rumah dan menyimpan pedang ketika setiap kali berlaku  pertentangan antara mereka, maka hukum hudud tidak patut dilaksankan,  kebatilan tidak ditewaskan, dan orang fasik akan mendapat peluang untuk  melakukan perkara haram seperti merampas harta, menumpahkan darah dan  melakukan pencabulan. Ketika itu, golongan fasik memerangi golongan  muslimin, maka golongan muslimin akan mengangkat tangan berserah diri  kepada mereka. Sebabnya, golongan muslimin berkata: Ini adalah fitnah  dan kami dilarang daripada bertarung dan hal ini bercanggah dengan  perintah supaya membimbing orang yang bodoh. (Fath al-Bari)  Dalam  sebuah riwayat yang dikemukakan oleh al-Bazzar, sabda Rasulullah SAW:  “Jika kamu berbunuh-bunuhan dengan sebab perkara dunia, maka orang yang  membunuh dan orang yang terbunuh di dalam neraka.” Imam al-Qurthubi  memberi komentar mengenai hadith ini: Hadith ini menerangkan bahawa jika  pertarungan berlaku dengan sebab kejahilan seperti inginkan dunia dan  mengikut nafsu, maka inilah yang dimaksudkan daripada sabda baginda:  “Orang yang membunuh dan orang yang terbunuh di dalam neraka.” (Fath  al-Bari) Selengkapnya.. | 
Bro, persoalan tajuk yang dibentang tak dihuraikan langsung, mungkin pemahaman anda melampaui pemikiran manusia lain yang takfaham maksud anda. Cuba anda bacakan semula apa yang anda tulis, dan cuba terangkan apa maksud Kebangkitan Rakyat (Melayu?) vs Golongan Pemerintah.
Jika anda sendiri tak jelaskan, jangan salahkan manusia lain untuk tidak memahami anda.